PETALING JAYA – Dua sungai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaporkan melebihi paras bahaya dan amaran ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 8.30 pagi, keadaan semua sungai itu masih terkawal dengan trend menurun.
Sungai Gombak di Jalan Tun Razak merekodkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu sebanyak 31.09 meter (m).
Selain itu, Sungai Klang di Leboh Pasar dan Jambatan Tun Perak masing-masing mencatatkan bacaan 28.25m dan 28.95m melebihi paras waspada namun masih dengan trend menurun. – KOSMO! ONLINE