fbpx

Liga Super: Terengganu kejutkan finalis Piala AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi menarik perlawanan Liga Super yang berpihak kepada Terengganu dengan atasi KL City 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. Pix Twitter MFL

TERENGGANU terus cemerlang untuk merekodkan empat kemenangan berturut-turut selepas menundukkan Kuala Lumpur City 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tiga mata ini menyaksikan skuad Peteh kekal dalam perebutan tempat kedua Liga Super selepas dua lagi pesaing, Sabah dan Negeri Sembilan turut mencatatkan kemenangan sekaligus ia hanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir, Sabtu ini.

Ketika permainan Terengganu dilihat lebih tersusun, tuan rumah seakan lebih tertumpu kepada situasi bola mati dan terarah kepada Romel Morales yang memiliki kawalan bola cukup baik.

Minit ke-33, Zhafri Yahya sepatutnya sudah mampu meletakkan KL City di depan namun tandukan dilakukannya sekadar singgah ke tiang gol pelawat.

Tempoh enam minit terakhir menjadi detik mengecewakan buat KL City yang menyaksikan Terengganu memperoleh dua gol menerusi Manuel Ott pada minit ke-39, diikuti jaringan kedua daripada ketua pasukan, Tchetche Kipre pada masa kecederaan.

Terengganu menyambung babak kedua dengan aksi lebih garang dan KL City wajar berterima kasih kepada penjaga golnya, Kevin Ray Mendoza yang bertindak cemerlang menafikan sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik pasukan lawan.

Bagaimanapun, sikap tidak berputus asa KL City akhirnya terbalas pada minit ke-63, memperoleh gol pertama menerusi Morales namun tiada lagi tambahan jaringan mampu dihasilkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI