fbpx

Sempat WhatsApp ibu sebelum terkorban dalam nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR Asikin menunjukkan gambar anaknya, Nor Syahira dan menantu yang terlibat dalam nahas di Kilometer 34, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh hari ini. - Foto ASLIZA MUSA

IPOH – Seorang ibu tidak menyangka mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar anaknya menjadi perbualan terakhir mereka sebelum wanita itu maut dalam nahas di Kilometer 34, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu mengorbankan Nor Syahira Mohd. Fadhail, 23, dan bayi lelakinya, Muhammad Rayyan Naufal Amyroul Shah Huszaiery berusia tiga bulan.

Suami Nor Syahira, Amyroul Shah Huszaiery Yusri, 23, cedera parah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurut Nor Asikin Ahmad, 50, berita nahas itu ketahui sekitar pukul 1.30 petang setelah melihat gambar kemalangan dan kad pengenalan anak perempuannya melalui kumpulan WhatsApp taman perumahan.

“Ira dan suami ke Ipoh sejak Ahad lalu dan pagi tadi mereka pergi ke Cameron Highlands. Saya dan Ira ada berbalas mesej dan dia beritahu ada belikan saya jagung dan buah strawberi.

“Perbualan terakhir kami, Ira beritahu yang mereka dalam perjalanan turun kerana suaminya kerja sebelah petang. Saya hantar WhatsApp lagi sekitar pukul 12.30 tengah hari namun mesej itu tidak berjawab,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.

Tambahnya, jenazah dua beranak itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Badak, Gurun.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, nahas berlaku ketika Perodua Myvi dinaiki dua beranak dari arah Cameron Hinglands itu sedang menuruni bukit di laluan berselekoh.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu bertembung dengan kereta jenis Mercedes-Benz dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah Simpang Pulai.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI