fbpx

200 kereta melawat Taiwan ‘Oh Bear Go!’ dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan 'Oh Bear Go!' di 200 buah kereta telah dilancarkan di Kuala Lumpur Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Ketika Taiwan bersiap sedia membuka sempadan sepenuhnya pada 13 Oktober nanti, Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur telah melancarkan iklan kereta Melawat Taiwan ‘Oh Bear Go!’ bertema basikal dan kereta api di Malaysia pada Khamis lalu.

Sebanyak 200 iklan kereta bertema ‘Oh Bear Go!’ bakal melalui jalan-jalan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor dengan memaparkan pemandangan Taiwan yang indah bagi membangkitkan kenangan indah sesiapa yang melancong ke sana.

Majlis pelancaran iklan kereta Melawat Taiwan ‘Oh Bear Go!’ 2022 bertema basikal dan kereta api telah diadakan di Hotel Kloe, Kuala Lumpur.

Tiga tema penampilan iaitu, Basikal Tasik Matahari Bulan Nantou, Kereta Api Bunga Sakura Chiayi Alishan dan Laut Bunga Hydrangea Yangmingshan Taipei termasuk maskot Taiwan ‘Oh Bear Go!’ menunggang basikal akan menjadi penarik perhatian jalan-jalan di Lembah Klang, Pulau Pinang serta Johor.

Pengarah Pejabat Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur, Chou Shih Pi berkata, Taiwan telah memilih basikal dan kereta api sebagai tema promosi pelancongan dalam tempoh dua tahun yang laludan dipadankan dengan pemandangan indah negara tersebut.

“Kami turut menggunakan slogan ‘Salam Taiwan’ sebagai tema untuk mempromosikan pelancongan mesra Muslim dengan harapan dapat menarik lagi ramai umat Islam Malaysia untuk melancong ke negara kami.

“Taiwan terus menambah baik persekitaran sambutan mesra Muslim bagi menarik rakan Muslim dari seluruh dunia dengan hab pengangkutan utama dan tempat pemandangan negara dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan mesra Muslim,” katanya.

Jelasnya lagi, lebih 200 restoran dan hotel di Taiwan juga telah menerima pensijilan halal yang diikhtiraf antarabangsa.

Sebelum ini katanya, Mastercard-Crescent Rating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2022 telah meletakkan Taiwan berada di kedudukan kedua dalam kalangan destinasi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) kerana persekitaran pelancongan mesra Muslim.

“Sempena pengiklanan kereta ‘Oh Bear Go!’, Pejabat Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur turut mengadakan Peraduan Imbas & Menang #taiwanmynextdestination sehingga 26 November ini.

“Semua peserta perlu menyiarkan gambar mereka dengan iklan kereta di Facebook Biro Pelancongan Taiwan FB Malaysia (@tbrockl) dan sertakan tanda pagar #taiwandmynextdestination untuk mendapat peluang memenangi hadiah penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Taipei ditaja Starlux Airlines, tablet premium dan kad Touch ‘n Go Taiwan edisi khas dengan kredit RM200,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI