fbpx

Pemandu tular buat zig zag kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang diberkas bersama kenderaan digunakannya semasa kejadian tersebut.

KUALA SELANGOR – Tindakan seorang lelaki memandu secara berbahaya dengan melakukan zig zag dan brek secara mengejut membawa padah apabila ditahan polis, hari ini.

Suspek berusia 54 tahun itu dicekup kira-kira pukul 10 pagi bersama kenderaan digunakannya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penangkapan itu selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD ini mengesan sebuah video tular berdurasi dua minit 20 saat memaparkan aksi berbahaya sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Katanya, video itu adalah dari kamera papan pemuka pengguna jalan raya lain dengan kejadian berlaku di Jalan Kuala Selangor – Kuala Lumpur.

“Kereta itu didapati memandu secara melulu dan berbahaya dengan melakukan ziq zag serta telah membrek beberapa kali secara mengejut terhadap kenderaan yang berada di belakangnya.

“Ini menunjukkan seolah-olah suspek membuat provokasi dengan kejadian berlaku pukul 7.30 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI