fbpx

14 rumah rosak dilanda angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM membersihkan pokok tumbang dalam kejadian angin kencang yang berlaku di Kampung Simpang Durian, Jelebu petang tadi.

JELEBU – Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Simpang Durian dekat sini terjejas dan rosak dalam kejadian angin kencang yang berlaku petang tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, hujan beserta angin kencang tersebut berlaku bermula kira-kira pukul 5 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati terdapat 14 buah rumah rosak akibat ribut yang melibatkan 27 orang yang terjejas. Setakat ini tiada individu yang dilaporkan mengalami kecederaan.

“Anggota APM sedang membuat pembersihan pokok tumbang dan mengadakan kawalan keselamatan di lokasi kejadian. Setakat ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN