fbpx

Mikel Arteta gagal kawal pemain bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mempertahankan tindakannya menyisihkan Aubameyang daripada skuad Arsenal dan menepis kritikan daripada bekas kapten The Gunners. – AFP

LONDON – Pierre-Emerick Aubameyang mendakwa, pengurus Arsenal, Mikel Arteta gagal me­nguruskan pemain nama besar dan hanya bersandarkan kepada bintang muda kerana dianggap terlalu mudah untuk dikawal.

Penyerang Gabon itu menghabiskan tempoh empat tahun di Emirates, namun Aubame­yang berasakan situasi dalam pasukan dan pertelingkahannya dengan Arteta menyaksikan kariernya di Emirate berakhir dengan episod mengecewakan.

“Saya ingat semasa pertama kali Barcelona menghubungi bapa saya. Kami kenal jurulatih Xavi dan dia kemudian hubungi saya, menjelaskan sedia beri peluang kepada saya kerana sedang berdepan masalah dengan Arsenal.

“Untuk menguruskan pemain nama besar, memang beliau tidak mampu untuk melakukannya.

“Arteta memerlukan beberapa pemain muda yang tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mendengar,” katanya.

Sebelum ini, menerusi dokumentari Amazon All or Nothing, Arteta menyifatkan tingkah laku buruk menjadi antara sebab keputusannya melucutkan tanggungjawab selaku kapten daripada Aubameyang.

Perselisihan yang timbul ­akhirnya terlerai selepas Arsenal mengambil keputusan menamatkan kontrak yang menyaksikan pemain itu berhijrah ke Sepanyol untuk menyertai Barcelona.

Bagaimanapun, penyertaan Aubameyang ke Barcelona hanya bertahan enam bulan, sekadar meledak 13 gol dalam 24 perlawanan sebelum kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Chelsea.

“Saya sedar video itu (dokumentari) dirakam selepas tiba di Barcelona dan ketika itu banyak perasaan buruk ada dalam diri saya. Namun, musim ini Arsenal melakukan kerja dengan cukup hebat dan saya harap kenalan lama di sana berada dalam keadaan terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI