fbpx

Aksi tak senonoh, Pamungkas tak rasa bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAMUNGKAS

GARA-GARA menggosok telefon bimbit pada kemaluan ketika membuat persembahan di atas pentas baru-baru ini, penyanyi Indonesia Pamungkas menerima kritikan hebat netizen.

Biarpun tidak terkesan secara peribadi, Pamungkas mendedahkan, pengurusnya dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah jantung akibat tertekan.

“Ini yang kamu tunggu, saya mahu membuat kenyataan apa yang terjadi. Saya diam kerana mahu mengumpul maklumat dan mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak membuat sebarang kenyataan.

“Pertamanya, kenapa harus dikecam sebegitu? Itu sebuah video yang dirakam, dipotong lalu disunting. Pada kejadian itu hanya antara saya dan peminat selain sebahagian daripada aksi pentas sahaja,” ujarnya.

Kata Pamungkas, apa yang terjadi sama seperti ketika peminat dan penonton meminta bergambar dengannya ketika selesai persembahan atau sekadar ucapan ulang tahun.

Pamungkas turut menafikan dia berada dalam keadaan mabuk ketika buat persembahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI