fbpx

Kes dadah libatkan pelajar IPTA/IPTS Kelantan membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Penyalahgunaan dadah dalam kalangan penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) dilihat semakin membimbangkan apabila semakin ramai antara mereka yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan itu.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, sehingga September lalu, polis telah menahan seramai 340 penuntut IPTA dan IPTS yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di seluruh negeri ini.

Katanya, tidak hanya tertumpu pada pelajar universiti, paling membimbangkan apabila polis menahan pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kes tersebut.

“Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan penuntut IPTA dan IPTS semakin parah. Apabila mereka terlibat dengan dadah, emosi akan berubah dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran masing- masing.

“Kita telah menjalankan Ops Tapis di Kampung Che Latif dan Kampung Badang di Pengkalan Chepa baru-baru ini. Dalam operasi itu, kita telah menahan seramai 74 orang pelajar IPTA dan IPTS yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dengan rampasan bernilai RM10,000, katanya.

Menurut Shafien, secara keseluruhan, polis telah menahan seramai 13,887 yang terlibat dengan dadah selain nilai rampasan RM94 juta sejak Januari lalu.

Katanya, dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada penuntut dan orang ramai, polis kini giat mengadakan program projek rintis di seluruh kawasan di negeri ini.

“Menerusi projek ini, peserta yang terlibat boleh menyalurkan matlumat kepada rakan-rakan mereka dan keluarga masing-masing.

“Kita juga bimbang dengan pelajar terutamanya sekolah menengah yang ditahan kerana terlibat dengan dadah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI