fbpx

‘Bubu’ panggilan manja Afgan buat Rossa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN panggilan manja, Afgan juga menulis ucapan romantis sempena hari lahir Rossa.

HUBUNGAN istimewa penyanyi Afgan dan Rossa sentiasa menjadi tanda tanya apabila kedua-dua selebriti popular ini sering menunjukkan kemesraan secara umum.

Terbaharu, Afgan menerusi Instagram memuat naik foto berdua bersama Rossa dengan ucapan manis sempena hari lahir wanita itu.

Ucapan romantis tersebut juga secara tidak langsung mendedahkan bahawa penyanyi Terima Kasih Cinta itu memanggil Rossa dengan panggilan manja sebagai Bubu.

“Selamat ulang tahun ‘bubu’ @itsrossa910! kita telah melalui banyak hal bersama selama 12 tahun terakhir ini.

“Melalui semua pasang surut, kamu telah menjadi penyelamat hidupku,” tulis Afgan.

Selain itu, Afgan turut mendoakan Rossa sentiasa bahagia dan menyedari betapa ramai orang menyayangi dirinya.

“Aku harap kamu terus menjadi berkat bagi semua orang di sekitar kamu dan aku berharap kamu menjalani kehidupan yang selalu kamu inginkan dan banggakan.

“Aku harap kamu tahu bahawa kamu dicintai oleh ramai orang. Selamat ulang tahun,” ujarnya.

Tidak habis di situ, Rossa turut membalas ucapan manis Afgan dengan mengaku beruntung bertemu lelaki itui dalam hidupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI