fbpx

Skuad B-17 memburu tiket ke ‘Piala Dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad bawah 17 negara layak secara merit beraksi ke Kejohanan Piala Asia B-17 2023.
WARTAWAN EKSEKUTIF, MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

KEJAYAAN cemerlang skuad bawah 17 negara (B-17) layak secara merit pada pentas Piala Asia B-17 2023 dengan bergelar juara Kumpulan B pada aksi kelayakan di Indonesia minggu lalu sememangnya wajar dipuji.

Pada awalnya tiada siapa yang meletakkan harapan tinggi buat skuad kendalian Osmera Omaro ini terutama selepas gagal mencapai prestasi yang diharapkan pada kejohanan Piala AFF B-16 2022 pada Ogos lepas.

Situasi berbeza yang ditampilkan oleh skuad muda Harimau Malaya untuk menutup kritikan selepas menguasai carta Kumpulan B meskipun diundi dengan pasukan berkualiti seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Indonesia.

Sebagai rekod, ini adalah kali keenam skuad B-17 negara layak ke pentas Piala Asia B-17 selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2018 selaku tuan rumah. Pencapaian terbaik pasukan di saingan belia berprestij itu adalah pada edisi 2014 ketika mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Australia 1-2.

Saingan Piala Asia B-17 2023 ini juga menjanjikan tiket kelaya­kan ke kejohanan Piala Dunia B-17 2023 di Peru tahun depan.

Justeru, skuad negara hanya perlu mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir sekali gus berada dalam kelompok empat pasukan terbaik untuk layak beraksi di pentas Piala Dunia.

Pemerhati arena sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli percaya sekarang adalah masa terbaik buat skuad B-17 negara menebus kekecewaan edisi 2018 dengan meletakkan sasaran untuk layak ke kejohanan Piala Dunia B-17 nanti.

“Difahamkan, misi ke pentas Piala Dunia B-17 diletakkan kepada pasukan edisi 2018 di bawah kendalian Lim Teong Kim tetapi mereka gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan pada Piala Asia B-17 ketika itu.

“Sekarang adalah peluang terbaik buat pemain untuk me­nebus kekecewaan dengan mempamerkan prestasi cemerlang pada kempen Piala Asia B-17 2023 tahun depan.

“Berdasarkan apa yang mereka pamerkan sepanjang aksi kelayakan kali ini, pasukan telah menunjukkan potensi yang besar kerana bukan mudah untuk merekodkan keputusan positif ke atas UAE, Palestin dan tuan rumah, Indonesia.

“Pemain telah menunjukkan prestasi yang berani dengan aspek teknikal yang tinggi untuk memastikan pasukan dapat menjuarai peringkat kumpulan.

“Jika ada sasaran yang perlu diletakkan, sudah tentulah skuad B-17 ini perlu merebut peluang keemasan untuk tiket kelayakan Piala Dunia B-17 di Peru nanti.

“Apa yang pasti, pujian juga wajar diberikan kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) serta Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kerana berjaya melahirkan pemain-pemain muda berkualiti,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Selain itu, Dr. Pekan juga me­nganggap apa yang dilalui oleh skuad muda negara adalah kesi­nambungan daripada pasukan senior Harimau Malaya yang turut layak bermain di pentas Piala Asia 2023 tahun depan.

“Apa yang dilakukan skuad senior Harimau Malaya sepanjang tahun ini sedikit sebanyak menyuntik semangat pasukan di peringkat bawahan ini untuk tampil lebih garang pada setiap kejohanan yang disertai.

“Saya harap momentum buat pasukan negara berterusan pada masa akan datang dengan pasukan utama bakal fokus untuk harungi kempen Piala AFF 2022 dan Piala Asia 2023,” katanya.
Kali terakhir skuad negara bersaing di kejohanan Piala Dunia B-20 adalah pada edisi 1997 dengan tiket selaku tuan rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI