fbpx

Wanita, bayi lelaki tiga bulan maut nahas dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa keluar mangsa tersepit dalam nahas di Kilometer 34, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highland, Ipoh hari ini.- Foto IHSAN JBPM

IPOH – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 34, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu mengorbankan Norsyahira Mohd. Fadhail, 23, dan bayi lelaki berusia tiga bulan, Muhammad Rayyan Nauffal Amyroul Shah Huszaiery.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Cameron Highlands menuju Simpang Pulai menaiki kereta Perodua Myvi dipandu Amyroul Shah Huszaiery Yusri, 23.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 12.46 tengah hari.

Katanya, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki tiga beranak dan sebuah Mercedes-Benz dipandu lelaki berusia 30-an.

“Operasi dijalankan segera untuk mengeluarkan pasangan suami isteri itu di mana pemandu Perodua Myvi tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika anggota tiba di lokasi, bayi terbabit telah dibawa keluar oleh orang awam.

Katanya, bayi itu dan ibunya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala bapanya pula cedera parah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI