fbpx

7,124 polis di Perak ditugaskan sepanjang PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (tengah) menyaksikan serah tugas antara Mazuki (kiri) dengan Hudri di Dewan IPD Kerian hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Seramai 7,124 dari 9,720 anggota polis dari Kontinjen Negeri Perak akan ditugaskan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengundi terjamin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, selain itu pihaknya juga sedang menunggu maklum balas dari pihak Bukit Aman berhubung cuti anggota yang ditugaskan sepanjang PRU nanti.

“Anggota-anggota ini akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang awam sepanjang PRU-15 nanti.

“Kita yakin dengan jumlah keanggotaan yang ditugaskan ini dapat memastikan orang ramai atau pengundi dapat keluar dengan selamat dan terjamin,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat dengan Deputi Superintendan Hudri Mohd. Arshad.

Tambah Mohd. Yusri, pihak polis juga telah mengenal pasti kawasan yang mungkin berlakunya banjir sepanjang PRU-15 nanti.

Menurut beliau, pihaknya telah bersedia dengan pelbagai aset serta akan dibantu oleh agensi berkaitan bagi memastikan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir berjalan dengan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI