fbpx

Tetamu ‘check-out’ tinggalkan rumah bersepah, kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ‘homestay’ yang kotor dan bersepah selepas disewa oleh pelanggan tidak bertanggungjawab.

PETALING JAYA – Beberapa keping gambar memaparkan keadaan ‘homestay’ yang bersepah dan kotor tular di media sosial hari ini.

Menerusi gambar yang dikongsi semula dari Facebook Nur Izzati Nadia memaparkan keadaan rumah yang kotor, penuh sampah-sarap sehingga menyukarkan kerja-kerja pembersihan.

Difahamkan gambar itu diambil oleh individu yang ditugaskan untuk membersihkan rumah itu yang dipercayai dijadikan ‘homestay’.

“Pelanggan dari neraka, rasanya memang minggu ini ramai kena dengan pelanggan. Ingat senang ke jadi ‘cleaner’?

“Bila dapat pelanggan buat rumah macam masuk hutan, macam inilah jadinya,” kata hantaran itu.

Bukan sahaja dibiarkan bersepah, malah difahamkan pelanggan rumah itu juga telah mengubah kedudukan beberapa perabot di dalam rumah berkenaan.

“Suka-suka hati ubah perabot, sudah tu tak reti nak kemas balik. Sampah sendiri tak reti buang, kotorkan rumah orang.

“Dia ingat dia bayar dia boleh buat sesuka hati? Betul-betul tak ada adab!,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penyewa tersebut dan mencadangkan agar pemilik ‘homestay’ meminta deposit sebagai syarat untuk memastikan rumah itu ditinggalkan dalam keadaan bersih dan teratur.

“Nasiblah kalau berbisnes rumah sewa atau ‘homestay’. Kita takkan tahu perangai penyewa sehinggalah mereka ‘check out’,” kata Ritta.

“Sebab itu pemilik ‘homestay’ kena letak deposit RM100 ke RM200 ikut kesesuaian rumah. Syarat untuk dapatkan semula duit deposit perlu pulangkan kunci dengan keadaan rumah yang teratur dan bersih,” kata Kak Tin.

“Macam sengaja, ada je orang macam itu. Masa duduk okey, masa nak ‘check-out’ mereka saja buat kejutan. Orang macam ini ada masalah mental, seronok tengok orang lain sakit hati,” kata Ema.

“Saya masuk mana-mana ‘homestay’ mesti kemas balik semua, tuala kotor letak tepi, pinggan cawan saya basuh dan sampah letak luar rumah. Orang macam ini tengok diri sendiri mesti pengotor,” kata Ekin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI