fbpx

Tujuh ditahan, gaduh di pasar malam kerana wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan dipercayai di pasar malam, Jalan Mawar, Lahad Datu pada Sabtu lalu.

LAHAD DATU – Polis menahan enam lelaki serta seorang wanita berusia 19 hingga 28 tahun ekoran video tular pergaduhan menggunakan kerusi dan topi keledar dipercayai di pasar malam, Jalan Mawar di sini pada Sabtu lalu.

Video tular berdurasi satu minit 44 saat itu memperlihatkan sekumpulan lelaki dan seorang wanita bergaduh dalam kejadian sekitar pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya mengesan video berkenaan sebelum Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menjalankan siasatan.

Katanya, pihak polis melancarkan Ops Cantas bagi mengenal pasti semua suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Berikutan maklumat diterima, kita berjaya menahan seramai enam lelaki dan seorang wanita di tepi jalan Kampung Unta kira-kira pukul 11.40 pagi pada Ahad untuk membantu siasatan.

“Polis turut merampas senjata yang digunakan iaitu topi keledar warna kelabu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Rohan Shah memaklumkan hasil siasatan mendapati, motif kejadian adalah balas dendam ekoran daripada perbalahan antara pasangan kekasih.

“Motif dipercayai disebabkan salah seorang suspek lelaki berselisih faham dengan teman wanitnya.

“Berikutan itu, tiga lelaki iaitu supupu kepada wanita terbabit bergaduh dengan teman lelaki wanita berkenaan.

“Kemudian, teman lelaki wanita terbabit memanggil abang dan rakannya untuk membantu dalam pergaduhan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, beliau menyatakan semua tangkapan direman bermula hari ini hingga 13 Oktober untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI