fbpx

PRU-15: Jangan jadikan banjir alasan enggan bubar DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pas tidak boleh menjadikan alasan memberi tumpuan menghadapi musim tengkujuh dan pemulihan ekonomi sebagai justifikasi enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Kelantan dan Kedah pada masa ini.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, tindakan enggan membubarkan DUN bersama Parlimen itu tidak lain bertujuan mahu melanjutkan lagi penguasaan Pas di tiga negeri terlibat dengan lebih lama lagi.

Tambah beliau, mencanangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan dalam keadaan banjir besar bukan sahaja menidakkan kebijaksanaan Suruhanraya Pilihan Raya (SPR) malah bertentangan dengan alasan Pas mahu memastikan pemulihan ekonomi negara.

“Jika benar Pas ikhlas hendak memulihkan ekonomi pasca Covid-19, membuat Pilihan Raya Negeri (PRN) berasingan bukan jawapannya.

“Ia akan membebankan lagi kewangan kerajaan sedangkan penggal DUN masing-masing akan tinggal hanya beberapa bulan lagi,” katanya di sini hari ini.

Wan Hisham berkata, PRU-15 serentak antara Parlimen dan DUN bukan sahaja lebih menjimatkan, malah solusi kepada kestabilan kerajaan yang bakal lebih merangsang pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa kelmarin bagi memberi laluan kepada PRU-15 selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberitahu parti itu pada Sabtu lalu telah memutuskan DUN bagi tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak dibubarkan sebelum bulan Mac tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI