fbpx

Tisu punggung cedera, perut koyak, Wafariena masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAFARIENA cedera ketika melakonkan adegan aksi dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

PETALING JAYA – “Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya (Wafariena), saya akan ambil tindakan! Seperti tiada sikap perikemanusiaan langsung.”

Demikian tegas ibu pelakon Wafariena, Suzana Hamad, 59, berhubung keadaan kesihatan anaknya yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Rawang selepas mengalami kecederaan sewaktu melakukan aksi lagak ngeri dalam babak sebuah drama lakonannya.

Menurut Suzana, dia berasa marah atas kejadian yang me­nimpa anak gadisnya lebih-lebih lagi terhadap pengarah yang didakwa tidak berperikemanusiaan dan lepas tangan.

“Memang saya marah. Kejadian itu berlaku di depan mata pengarah. Dia nampak Wafa (panggilan Wafariena) dipapah oleh kru dalam kesakitan, tapi masih duduk dan buat tidak tahu,” ujarnya.

Apa yang membuatkan wanita itu terkilan apabila pengarah tersebut tetap mahu meneruskan penggambaran bagi dua lagi babak dan meminta pelakon berusia 27 tahun tersebut turun ke set penggambaran walaupun kesakitan sehingga tidak boleh berjalan.

Bercerita lanjut, Suzana memberitahu, kejadian itu berlaku pada 8 Oktober lalu ketika Wafariena melakonkan satu aksi ‘ditarik’ untuk menampakkan adegan seolah-olah dia melambung.

Bagaimanapun, pihak produksi memaklumkan aksi pukul 3 pagi itu perlu dilakukan sendiri oleh Wafariena bukannya pelakon lagak ngeri seperti yang dirancang.

“Penggambaran dilakukan di dalam hutan gelap di Lenggong, Perak. Bayangkan selepas buat aksi ‘dilambung’, keluar seekor ular hitam.

“Pukul 6 pagi, Wafariena diminta masuk semula ke set walaupun dia cedera. Saya masih beri kerjasama walaupun hati sakit. Pengarah langsung tak datang tanya khabar. Jauh sekali minta maaf,” ujarnya.

Wanita itu berkata, doktor memaklumkan tisu bahagian punggung Wafariena cedera, manakala perutnya koyak selain berlaku pendarahan.

Pada masa sama, Suzana memaklumkan Wafariena tidak serik untuk melakonkan babak aksi, namun terkilan dengan sikap pihak produksi atas apa yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI