fbpx

6,500 pelajar UTM nikmati internet percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyediakan bantuan dana internet untuk pelajar golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) sebanyak 10 gigabit (GB) kuota sebulan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof. Dr. Durrishah Idrus berkata, sebanyak 6,500 pelajar bakal menerima manfaat itu untuk mereka melayari laman web dan aplikasi pembelajaran yang telah ditetapkan dengan tanpa had.

Tambahnya, laman web dan aplikasi itu merangkumi Zoom, Cisco Webex dan UTM e-learning.

“Bantuan internet ini adalah diperuntukan kepada pelajar terlibat dan hanya yang benar-benar layak berdasarkan permohonan sahaja akan diberi kemudahan ini.

“Pelan data berkenaan sebenarnya sebelum ini telah diagihkan bermula 9 Jun lalu iaitu fasa satu sehingga tiga dan berjaya membantu 2,500 pelajar serta kini sedang memasuki fasa empat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Durrishah, bantuan internet itu bertujuan untuk membantu para pelajar UTM mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian ekoran situasi pandemik virus Covid-19.

Katanya, selain bantuan internet itu, pihaknya juga membantu para pelajar lain melalui inisiatif UTM prihatin.

“Pelbagai bantuan kewangan turut diberikan melalui Unit Wakaf, Zakat dan Endowmen UTM serta alumni dengan mereka boleh membuat permohonan kepada kita dengan segera,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI