fbpx

Al-Quran pulihkan pelajar daripada ketagihan dadah – Tokoh Maulidur Rasul Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah (empat kiri) bersama sebahagian ahli keluarganya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah, hari ini. - FOTO/ SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Ulama Kedah, Abdullah Lebai Samah yang terpilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Kedah mengajak seluruh umat Islam supaya membaca dan mendalami al-Quran yang merupakan panduan terbaik dalam kehidupan.

Malah menurut pengasas Madrasah Takwiyatul Islamiah berusia 86 itu, sepanjang 47 tahun mengemudikan madrasah tersebut ramai dalam kalangan pelajarnya terjebak dalam pelbagai masalah sosial seperti dadah akhirnya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Anak muda yang duduk bersama saya pun sebenarnya ada masalah masing-masing. Mereka menceritakan mereka ambil dadah. Ada empat lima orang terlibat dadah.

“Bila duduk di pondok, berkat baca al-Quran dan baca kitab, dia tak ke mana-mana dan boleh berubah jadi baik serta sudah jadi tok lebai. Dia juga sudah bertaubat, tak hisap sudah (dadah),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Sultan Kedah Al Aminul Karim, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan.

Abdullah yang mempunyai 14 anak juga memberitahu, amalan membaca al-Quran yang diterapkan dalam kehidupan keluarga besarnya itu juga menjadikan anak-anaknya berjaya termasuk berpangkat besar.

“Setiap kali baca al-Quran niat saya nak anak dan isteri saya beriman. Berkat baca al-Quran sejak dahulu sampai sampai khatam. Setiap hari selepas subuh saya habiskan masa dua jam baca Al-Quran,” ujarnya.

Tambahnya, ramai anak muda hari ini terjebak dengan pelbagai masalah sosial termasuk jenayah berpunca daripada didikan ibu bapa masing-masing.

“Berpunca daripada didikan keluarga, anak dilahirkan suci bersih ibu bapa yang mencorakkan mereka sebab ibu bapa salah bimbingan didikan apabila sudah besar tidak boleh bezakan yang salah dan betul,” katanya.

Dilahirkan di Kampung Sena, Tobiar di Pendang dekat sini, Abdullah sejak 1975 masih aktif mengajar al-Quran dan kitab di Madrasah Takwiyatul Islamiah di Bukit Lada Pokok Sena yang menyediakan pendidikan percuma kepada warga emas dan anak muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI