fbpx

3,558 pelajar baharu masuk UTM, perempuan lebih ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelajar baharu mendaftar masuk ke UTM Skudai, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima kemasukan seramai 3,558 penuntut baharu peringkat sarjana muda sepenuh masa di dua kampusnya di sini dan di Kuala Lumpur, hari ini.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,401 penuntut mendaftar diri di kampus UTM Johor Bahru, manakala seramai 157 penuntut yang lain di kampus UTM Kuala Lumpur.

Menurut beliau, mereka terdiri daripada 1,638 penuntut lelaki dan 1,920 pelajar perempuan yang akan mengikuti 58 program sarjana muda di 12 fakulti.

“Seramai 567 penuntut antarabangsa dari 35 buah negara antaranya Bangladesh, Brunei, China, Ecuador, Indonesia, Mesir, Pakistan dan Yemen juga telah mendapat tawaran mengikuti pengajian di UTM untuk sesi akademik baharu ini.

“Antara program yang menjadi pilihan mereka ialah program pengajian di bawah Fakulti Komputeran (FC), Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT),” katanya kepada pemberita semasa sesi pendaftaran penuntut baharu UTM, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI