fbpx

Suspek kes bunuh Datin berjaya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nanda.

SEREMBAN – Selepas dua minggu, suspek utama dalam kejadian seorang wanita bergelar Datin yang ditemui mati akibat dibunuh di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, 23 September lalu akhirnya berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di pondok tepi jalan Batu 4 Jalan Port Dickson – Teluk Kemang, Port Dickson pukul 1 tengah hari, Sabtu lalu.

“Polis berjaya menangkap suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang wanita di Taman Paroi Jaya, Seremban. Barang kemas milik mangsa juga telah dirampas dari lelaki berkenaan.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dipohon di Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan siasatan sehingga 14 Oktober depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nanda, dengan tangkapan suspek berkenaan, pihaknya percaya dapat menyelesaikan kes bunuh di Taman Paroi Jaya itu.

“Kita mengucapkan ribuan terima kasih di atas maklumat yang diberikan oleh orang ramai sehingga tertangkapnya suspek,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga emas bergelar datin berusia 75 tahun ditemui mati akibat dibunuh selepas berlaku pergelutan dengan penjenayah di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, 23 September lalu.

Kejadian pukul 8.25 malam itu berlaku ketika Datin Noraida Nordin, 75, tinggal bersama suaminya yang merupakan bekas ahli perniagaan bergelar Datuk, namun berdepan masalah penglihatan akibat penyakit glukamo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI