fbpx

Dua Sharifah ‘masuk air’ bergabung di Gegar Vaganza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gabungan Elly dan Sherry memeriahkan konsert Gegar Vaganza malam ini.

PETALING JAYA – Program Gegar Vaganza musim kesembilan yang memasuki episod keempat malam ini sekali lagi melakukan kejutan apabila dua Sharifah mengemudi rancangan tersebut kali ini.

Pengacara tetap, Elly Mazlein atau nama asalnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi kali ini bergabung dengan pengacara yang menggantikan Nabil Ahmad iaitu Sharifah Mariam Syed Abdullah Alhadad atau lebih mesra dengan panggilan Sherry Alhadad.

Terdahulu, Nabil Ahmad tidak kelihatan dalam konsert malam ini selepas bapa, Ahmad Ismail, 71, meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi jantung.

Gandingan dua Sharifah itu malam ini nampaknya menjadi, namun dua pengacara popular yang terkenal dengan sikap riang mereka selama ini tetap ‘masuk air’.

Elly atau Kak Lina malam ini nampaknya terlalu berhati-hati jika dibandingkan dengan tiga episod lalu dengan mengawal tingkah lakunya yang fotogenik di atas pentas.

Minggu lalu Kak Lina sekali lagi dikatakan mengganggu peserta bertanding sehinggakan salah seorang peserta Jaclyn Victor tergelak ketika melakukan persembahan.

Melihat kepada komen di Twitter, rata-rata peminat rancangan tersebut mula memuji dan tidak kurang juga ‘mengata’ gandingan pengacara itu.

“Dua-dua Sharifah ni masuk air, tapi gandingan ni mantap pula. Kak Lina janganlah ‘behave’ sangat buat biasa-biasa sudah,” tulis @Allmonde.

“Ini memang gandingan mantap, sama-sama masuk air. Kelakar la Kak Lina ni dok kacau Fuad,” tulis @Syaz89.

“Nak tergelak pula aku tengok kelaku Kak Lina malam ni. Macam tak syok pula dia terlalu jaga-jaga malam ni,” kata @RollnRock90. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI