fbpx

Riuh bertemu riuh, Sherry Al-Hadad ganti Nabil Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sherry dan Kak Lina Pom Pom mengacara program Gegar Vaganza minggu keempat malam ini.

SHAH ALAM – Pengacara popular Sherry Alhadad dipilih menggantikan Nabil Ahmad dalam program Gegar Vaganza minggu keempat malam ini.

Bertemakan Aman Di Mata Damai Di Hati, Sherry mengambil alih tugas Nabil yang masih berada di kampung selepas pemergian Allahyarham bapanya, Ahmad Ismail yang meninggal dunia akibat sakit jantung kelmarin.

Pemilihan Sherry sebagai pengacara pada malam ini bersama Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom dilihat menerima maklum balas yang baik daripada peminat Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Peminat memuji cara penyampaian Sherry dan Kak Lina Pom Pom bersesuaian dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini.

Rata-rata memuji cara penyampaian dan keserasian gandingan mereka berdua yang nampak lebih sopan bersesuaian dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Konsert mingguan GV9 mula bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September lepas dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

Juara GV9 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI