fbpx

Jakim giat kesan pemimpin Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tiga dari kanan) menunjukkan jersi bola sepak pasukan anak muda Kampung Larut Tin pada Majlis Sembang Santai Anak Muda di Taiping hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang berusaha mengesan pemimpin Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad yang melarikan diri dengan meninggalkan beberapa orang pengikutnya di Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, usaha mengesan lelaki terbabit sedang giat dijalankan.

“Difahamkan, dia telah pulang ke negara ini, namun kita tidak tahu bila (dia pulang). Usaha mencarinya sedang giat dijalankan. Kata mengaku ‘Imam Mahadi’ tapi cabut lari, penakut rupanya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Santai Anak Muda di Simpang Taiping disini hari ini.

Menurutnya, Jakim juga telah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung perkara itu, namun hasil maklumat setakat ini keberadaan pemimpin itu masih gagal dikesan.

“Sekiranya dapat dikesan dan ditahan, tindakan tegas akan diambil ke atasnya. Ini adalah supaya ajaran sesat yang disebarkan olehnya dapat dihentikan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai 63 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu, Idris memberi jaminan bahawa mereka akan kembali ke negara dalam tempoh terdekat.

“Usaha sedang dijalankan dengan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk menyelaraskan urusan penghantaran pulang semua jemaah itu ke tanah air. Pihak keluarga tidak perlu bimbang mengenai kos kerana ia akan ditanggung kerajaan,” katanya.

Dua hari lalu, Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai 63 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada 28 individu dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI