fbpx

151 mangsa banjir di Baling ditempatkan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat memindahkan mangsa banjir di Baling ke PPS Kompleks Rakan Muda, hari ini.

BALING – Seramai 151 mangsa daripada 47 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Rakan Muda di sini, selepas rumah mereka dilanda banjir kilat sejak pagi tadi.

Kejadian banjir bermula pukul 6 pagi itu berlaku akibat limpahan Sungai Ketil dan Sungai Kupang berikutan hujan lebat berterusan sejak malam semalam.

Kesemua mangsa terlibat adalah dari Kampung Paya, Kampung Tanjung Merbau dan Kampung Charuk Sikin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, kampung lain yang turut terjejas dalam kejadian banjir kilat adalah Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling dan Taman Bayu Sejahtera.

“Kawasan lain adalah Taman Intan, Kampung Siam Lorong Haji Mahmud dan Kampung Bawah Gunung,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini hanya satu PPS dibuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI