fbpx

Pelajar bantu ibu bersalin di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar perempuan membantu menyambut kelahiran bayi di tepi sebatang jalan di daerah Mae Sot, barat Thailand semalam. - THE NATION THAILAND

BANGKOK – Seorang pelajar gred 12 di Thailand menerima pujian penduduk setempat dan netizen semalam kerana keberaniannya membantu menyambut kelahiran seorang bayi.

Apabila seorang wanita tiba-tiba sakit kerana hendak bersalin di tepi sebatang jalan di daerah Mae Sot, wilayah Tak di  barat Thailand, orang ramai mula berkumpul untuk memberi bantuan termasuk pelajar perempuan dikenali sebagai Buntorn.

Menyedari si ibu  akan melahirkan bayi pada bila-bila masa sahaja, Buntorn berlari ke sebuah kenderaan penyelamat yang berada berhampiran dan mengambil peralatan diperlukan, demikian menurut laman berita The Nation Thailand.

Dia kemudian membantu beberapa individu lain menyambut bayi tersebut.

Bayi dan ibunya kini selamat dan menerima rawatan lanjut  di sebuah hospital berdekatan.

Buntorn berkata,  dia dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila insiden berlaku.

“Saya membuat keputusan untuk membantu ibu tersebut kerana melihat dia akan melahirkan bayi pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Menurut Buntorn, dia pernah belajar tentang cara menyambut kelahiran bayi dalam sesi latihan di Hospital Phophra , wilayah Phetchaburi di selatan Thailand.

Pelajar gred 12  berumur sekitar 17 atau 18 tahun di Thailand. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI