fbpx

Lelaki maut kereta terbabas langgar penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam nahas di Kilometer 4, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik hari ini. - IHSAN JBPM

GERIK – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 4, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali Mohamad Hairul Hakimi Fairul Anuar, 21, yang parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu kereta Proton Wira.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.50 pagi.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira yang terbabas melanggar penghadang jalan. Seorang lelaki tersepit pada bahagian pemandu, manakala rakannya yang cedera berjaya keluar sendiri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI