fbpx

Korea Utara lancar dua lagi peluru berpandu balistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melihat skrin televisyen yang memaparkan siaran berita dengan rakaman ujian peluru berpandu Korea Utara di stesen kereta api di Seoul hari ini. - AFP

PYONGYANG – Korea Utara melancarkan dua lagi peluru berpandu balistik jarak dekat dari kawasan bandar Munchon di wilayah Kangwon ke perairan timur Semenanjung Korea awal hari ini, kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan. 

Menurut stesen penyiaran CNN, peluru berpandu itu dilancarkan antara pukul 1.47 pagi (waktu tempatan) dan 1.53 pagi (waktu tempatan) hari ini, demikian menurut Menteri Pertahanan Jepun, Toshiro Ino.

Kedua-dua peluru berpandu itu jatuh di luar Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Jepun.

Peluru berpandu pertama dianggarkan meluncur sejauh kira-kira 350 kilometer (km) dengan altitud maksimum kira-kira 100 km di udara, kata Ino. Peluru kedua juga melalui jarak yang hampir sama.

Jelas Ino, tiada kerosakan berlaku ke atas kapal-kapal di laut tetapi kementerian itu masih menganalisis butiran kejadian dan menyiasat jenis peluru yang dilancarkan, termasuk kemungkinan ia adalah peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kapal selam.

“Tentera Korea Selatan kini memperkukuh pengawasan dan kewaspadaan serta mengekalkan kedudukan kesediaan penuh sambil bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat (AS),” kata Ketua Staf Bersama Seoul.

Insiden hari ini menandakan pelancaran kali ke-25 oleh Korea Utara tahun ini, yang merangkumi peluru berpandu balistik dan peluru berpandu kapal selam.

Pelancaran terakhir sebelum ini berlaku Khamis lalu apabila Pyongyang melepaskan dua peluru berpandu balistik jarak dekat selepas dua minggu tidak melakukannya.

Pengawal Pantai Jepun mengarahkan kapal-kapal untuk memberi perhatian kepada maklumat agar tidak mendekati sebarang objek yang jatuh di laut. Mereka diminta untuk melaporkan sebarang maklumat yang berkaitan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI