fbpx

Buruh didakwa mengasari penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran didakwa mengasari penjawat awam di Mahkamah Majistret Marang di sini hari ini.

MARANG – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengasari seorang penjawat awam di sebuah kedai makan di Kuala Berang, Hulu Terengganu kelmarin.

Tertuduh, Amran Mohamed, 46, dari Kampung Jeneris, Kuala Berang, Hulu Terengganu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan dengan tujuan menakutkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugasnya di sebuah kedai makan di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 9 pagi, 5 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Othman Ibrahim manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Difahamkan Amran yang sedang bersarapan pagi sambil menghisap rokok di kedai makan berkenaan telah ditegur anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Terengganu itu yang sedang memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tempat awam.

Tertuduh yang berang dengan teguran itu didakwa telah menumbuk anggota penguat kuasa tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI