fbpx

Sangka jalan masih tutup, wanita maut kereta dirempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 12 Jalan Bentong-Raub di Bentong malam semalam.

BENTONG – Kerana menyangka laluan Jalan Bentong-Raub masih ditutup, sebuah kereta yang keluar secara mengejut dari Simpang Lebu di sini dirempuh sebuah treler menyebabkan seorang penumpang wanita maut di Kilometer 12, Jalan Bentong-Raub di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian pada pukul 11 malam itu berlaku ketika mangsa, Wan Foong Kueen, 57, yang menaiki kereta bersama tiga penumpang dan dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Raub.

“Setibanya di Simpang Lebu, pemandu kereta membelok ke kanan untuk keluar ke jalan utama menghala ke Raub. Tiba-tiba datang sebuah treler dari arah Raub melanggar bahagian sisi kanan kereta tersebut mengakibatkan kereta itu berpusing.

“Seorang penumpang wanita yang duduk di belakang cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kereta dan tiga lagi penumpang pula cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong di sini untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Siasatan sedang giat dijalankan di bawah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dan pengguna jalan raya dinasihatkan memandu secara barhati-hati cuaca tidak menentu,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI