fbpx

Selangor rombak portfolio Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan rombokan portfolio barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) sejajar dengan keperluan semasa di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau yang sebelum ini memegang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Ekonomi Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Komunikasi Strategik serta Pendidikan akan mengalas dua portfolio baharu.

Katanya, ini termasuk Pengurusan Bencana selain Pembudayaan Inovasi dan Smart Selangor yang menggantikan Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini.

“Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau menambah dalam portfolio baharunya iaitu Pemberdayaan Pekerja berbanding sebelum ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Pembangunan Sosio-Ekonomi dan Kebajikan Masyarakat.

“Manakala, Dr. Siti Mariah Mahmud yang merupakan ADUN Seri Serdang dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam (dijenamakan semula daripada Kesihatan), Pembangunan Wanita dan Keluarga ditambah portfolio baharu iaitu Perpaduan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, enam Exco yang kekal dengan portfolio masing-masing adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Khim ; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar (dijenamakan dari Perumahan dan Kehidupan Bandar) serta Pembangunan Usahawan; Rodziah Ismail ; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Mohd Khairuddin Othman.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, dua Exco baharu yang dilantik sebelum ini melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah dan ADUN Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni turut diberikan portfolio masing-masing

“Borhan akan memegang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan sert Warisan.

“Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal (portfoli baharu) disandang Mohd. Zawawi,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI