fbpx

Lelaki maut tercampak keluar Perodua Viva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

KULAI – Seorang lelaki tercampak keluar dari Perodua Viva dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 37.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan menghala ke Sedenak, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus, 22, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Tinggi II Bahtiar Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.23 pagi sebelum sebuah jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian.

“Kemalangan itu melibatkan dua kereta jenis Perodua Viva dan sebuah Proton Persona. Pemandu Perodua Viva tercampak sejauh dua meter dari keretanya akibat kemalangan tersebut.

“Mangsa disahkan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Proton Persona dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI