fbpx

Rakyat Johor jangan tertipu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz ketika hadir bersama Hishamuddin ke Karnival Tentera Darat di Taman Sri Lambak Kluang hari ini.

KLUANG- Rakyat di Negeri Johor diingatkan agar tidak tertipu lagi seperti mana yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, apabila ura-ura Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, kumpulan berkenaan sekali lagi dilihat cuba untuk menipu rakyat negeri ini melalui pelbagai tohmahan yang diviralkan melalui media sosial.

Katanya, ini adalah medan yang digunakan oleh mereka sebelum ini yang menyebabkan orang ramai percaya sehingga menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas lebih 60 tahun memerintah negara.

“Oleh yang demikian rakyat negeri Johor diingatkan untuk meneliti kebenaran setiap cerita yang diviralkan kerana jika tersilap penerimaan akan menyebabkan kita menyesal kemudian hari.

” Justeru itu, medan perang melalui media sosial ini harus dihadapi dengan senjata yang ampuh bagi menangkis setiap serangan,”katanya semasa berucap ketika hadir bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ke majlis penutup Karnival Tentera Darat di Taman Sri Lambak dekat sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI