BALING – Tiga penduduk yang terkandas di dalam rumah akibat banjir kilat di Kampung Charuk Sikin di sini berjaya diselamatkan anggota bomba pada pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.26 pagi tadi.
Katanya, mangsa yang dilaporkan terkandas di dalam rumah akibat banjir kilat membabitkan dua wanita berusia 56 dan 80 tahun serta seorang lelaki berusia 80 tahun.
“Ketiga-tiga mangsa berjayad diselamatkan dan dipindahkan ke rumah saudara dan pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, pemantauan mendapati keadaan cuaca di lokasi banjir kilat tidak hujan dan mendung. – KOSMO! ONLINE