fbpx

Air pasang besar dijangka landa empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail air pasang besar di Klang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar dijangka berlaku di empat buah negeri bermula semalam hingga 13 Oktober depan.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kawasan yang terlibat ialah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian, Johor.

“Fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih peka dan berwaspada berdepan semasa fenomena ini berlaku,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut serta jadual pasang surut edisi 2022 di laman web https://hydro.gov/ramalanpasangsurut.my – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI