fbpx

Terserempak kumpulan gajah mendaki bukit di Kenyir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan gajah mendaki bukit di Jalan Aring-Kenyir hari ini.

HULU TERENGGANU – Beberapa hari selepas tular sekumpulan gajah mendaki bukit di Simpang Kuala Betis – Lojing, Gua Musang, Kelantan, kejadian sama berlaku pula di Jalan Aring-Kenyir dekat sini hari ini.

Kelibat kira-kira 14 ekor gajah itu melintas jalan sebelum mendaki bukit di tepi jalan berkenaan sempat dirakam seorang pengguna jalan raya pada pukul 1.40 tengah hari.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang kejadian kumpulan gajah keluar dari habitatnya itu.

“Bagi saya, ia senario biasa kerana laluan tersebut sememangnya habitat bagi gajah liar tetapi bukanlah kumpulan (gajah) sama dengan yang dijumpai Gua Musang atas faktor jarak.

“Nasihat saya, pengguna jalan raya yang terserempak dengan kumpulan gajah agar segera beredar setelah keadaan didapati selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, tular gambar-gambar kumpulan gajah yang dipercayai dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Danita Damia.

Kean Seong berkata, orang ramai tidak digalakkan mengganggu gajah liar berkenaan dengan membunyikan hon kenderaan atau mengambil gambar sert video demi keselamatan diri.

Kosmo! Online 6 Oktober lalu melaporkan tular rakaman video berdurasi 18 saat yang memaparkan sekumpulan gajah mendaki sebuah bukit di Simpang Kuala Betis-Lojing, Gua Musang.

Masyarakat Orang Asli daerah berkenaan mempercayai kejadian gajah mendaki bukit itu memberi petanda awal bencana alam akan berlaku.

Sebelum itu, seorang pemandu sebuah syarikat peladangan terserempak dengan lebih 30 ekor gajah yang bergerak secara berkumpulan di Felda Neram II, Kemaman pada 3 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI