fbpx

Paus pembunuh terbukti pemangsa jerung putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO serangan paus orca ke atas jerung putih dimuat naik pada Jun lalu. – Discovery Channel

WASHINGTON – Satu kajian baharu yang diterbitkan pada Isnin lalu mengesahkan kepercayaan sekian lama bahawa paus pembunuh atau orca terbukti memburu jerung putih sebagai makanannya, lapor akhbar New York Post.

Satu kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal Ecology oleh Persatuan Ekologi Amerika Syarikat menceritakan tentang pemerhatian pertama yang disahkan mengenai kawanan paus pembunuh yang memburu seekor jerung putih.

Kajian itu diterbitkan susulan satu klip video yang dimuat naik pada Jun lalu. Ia memaparkan lima paus orca mengejar dan menyerang seekor ikan jerung besar di Teluk Mossel, luar pantai Afrika Selatan.

“Tingkah laku ini tidak pernah disaksikan secara terperinci sebelum ini dan sudah tentu tidak pernah dilihat dari udara,” kata  saintis dari Akademi Marin Dinamik selaku penulis utama kajian tersebut, Alison Towner.

Pakar mamalia marin dan pengarang bersama kajian, Simon Ellen pula berkata: “Paus pembunuh adalah haiwan yang sangat pintar dan bersosial.

“Kaedah memburu secara berkumpulan menjadikan mereka pemangsa yang sangat berkesan,” katanya.

Seekor paus pembunuh yang dirakam dalam video itu kemudian dikenal pasti sebagai Starboard iaitu paus yang sangat ganas. 

Starboard sebelum ini dikenal pasti terlibat dengan kes pemenuan bangkai jerung yang terdampar di Afrika Selatan dengan empat daripadanya didapati kehilangan hati.

Walaupun Starboard dan paus orca lain diketahui menyerang pelbagai spesies ikan jerung, kajian terbaharu itu menandakan bukti pertama yang diterbitkan mengenai serangan ke atas jerung putih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI