fbpx

Rakyat Britain pilih Mona Lisa karya seni teragung sepanjang zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung dari seluruh dunia sering melawat muzium Louvre di Paris bagi melihat sendiri potret wanita misteri yang dilukis Da Vincci ini. - Vanity Fair

LONDON – Satu kaji selidik baharu dalam kalangan pencinta seni di Britain memilih potret Mona Lisa yang dihasilkan oleh Leonardo Da Vincci sebagai karya seni terhebat sepanjang zaman, lapor portal berita MailOnline.

Tinjauan tersebut mendapati bahawa majoriti rakyat Britain masih menganggap karya klasik itu sebagai karya seni terhebat dengan dua pertiga daripada keseluruhan responden menganggap diri mereka adalah pencinta seni sebenar.

Karya agung Leonardo da Vinci telah dipuji sebagai karya seni kegemaran negara dengan 34 peratus rakyat Britain mengundinya sebagai nombor satu.

Lukisan berusia kira-kira 500 tahun itu menggambarkan subjek yang identitinya dipertikaikan dengan senyuman misteri.

Mona Lisa kini dipamerkan secara kekal di Louvre, Paris.

Lukisan bunga matahari karya Vincent Van Gough berada di tempat kedua dengan siri lukisan itu mendapat 32 peratus undian.

Dilukis di Arles, di selatan Perancis, pada tahun 1888 dan 1889, ia adalah satu daripada lima lukisan kanvas besar menampilkan bunga matahari dalam pasu.

Kedudukan ketiga dalam senarai karya seni yang paling dikagumi adalah hiasan siling Gereja Sistine.

Dengan enam juta pelawat berpusu-pusu ke Vatican setiap tahun untuk melihat keindahannya, siling itu dihiasi lukisan dinding oleh Michelangelo yang hidup antara 1508 hingga 1512 dan dianggap sebagai karya asas seni Renaissance Tinggi.

The Angel of the North, karya Antony Gormley menduduki tempat keempat dalam senarai dengan 23 peratus undian.

Balloon Girl oleh Banksy melengkapkan kedudukan lima teratas dengan undian sebanyak 20 peratus.

Senarai itu turut mendedahkan bahawa majoriti daripada 2,000 rakyat Britain yang menyertai tinjauan tersebut berkata mereka menjadi lebih terinspirasi oleh karya seni klasik dan kontemporari sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI