fbpx

Universiti Columbia bayar pampasan lebih RM765 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti Columbia bersetuju untuk membayar lebih AS$165 juta kepada mangsa Robert Hadden. - New York Post

NEW YORK – Universiti Columbia dan hospitalnya mengumumkan kelmarin bahawa mereka mencapai persetujuan penyelesaian berjumlah AS$165 juta (RM765.1 juta) bersama 147 pesakit bekas pakar ginekologi yang dituduh mencabul beratus-ratus wanita.

Pusat Perubatan Irving Universiti Columbia (CUIMC) berkata, Robert Hadden tidak bekerja sebagai doktor di pusat perubatan berkenaan sejak 2012. Dia mengaku bersalah dalam tahun 2016 atas tuduhan melakukan sentuhan secara paksa dan pencabulan seksual tahap tiga.

Dalam satu persetujuan bersama pihak pendakwa raya pada 2016, Hadden hilang lesen perubatannya dan didaftarkan sebagai pesalah seks tahap paling rendah tetapi bebas daripada hukuman penjara.

Persetujuan yang diumumkan kelmarin itu bersetuju mewujudkan dana pampasan berjumlah AS$165,081,000 (RM765,563,137) yang akan diagihkan kepada wanita-wanita tersebut termasuk puluhan pesakit yang menyaman Hadden dan CUIMC.

Hadden kini menunggu perbicaraan di sebuah mahkamah persekutuan berhubung enam pertuduhan jenayah yang didedahkan pada 2020. Dia dituduh membawa wanita dari beberapa negeri untuk dicabul dari tahun 1993 hingga 2012.

“Kami amat kesal atas penderitaan yang dialami oleh pesakit Hadden dan berharap resolusi tersebut akan memberikan sokongan terhadap mangsa,” kata CUIMC dalam satu kenyataan. 

Antara pesakit tersebut ialah Evelyn Yang yang merupakan isteri kepada usahawan teknologi, Andrew Yang. Andrew bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 2016.

Pada Januari 2000, Evelyn memberitahu CNN bahawa dia diserang oleh Hadden dalam tahun 2012 semasa mengandung anak pertama selama tujuh bulan dan tidak memberitahu suaminya.

“Ini adalah penjenayah seks bersiri dan dia menjadikan saya kepada mangsanya,” kata Evelyn kepada CNN. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI