fbpx

Pulangkan beg tangan tercicir, pemandu bas dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Aznan memegang beg tangan yang mahu dipulangkan kepada pemiliknya dikongsi oleh pengguna Facebook

PETALING JAYA – Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Berjumpa dengan orang yang jujur juga salah satu rezeki yang perlu disyukuri.

Seorang pemandu bas dikenali sebagai Aznan menjadi bualan di media sosial kerana bertindak memulangkan beg tangan penumpang yang tertinggal di dalam bas dipandunya.

Melalui hantaran yang dibuat seorang pengguna di Facebook, dia berterima kasih kepada Aznan kerana membantu ibu mertuanya mendapatkan beg tangannya kembali.

“Saya nak kongsi gambar seorang driver bas S&S bernama Encik Aznan yang memandu bas QS9778K pada hari Jumaat telah memulangkan beg tangan mak mertua saya yang tercicir dalam bas semasa perjalanan ke TBS.

“Kami menghubunginya dan dia telah cari dan serahkan kepada saya. Saya ingin berterima kasih kepadanya yang jujur dan amanah. Semua barang dan nilai wang dalam beg tangan cukup (tidak hilang),” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut kerana sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

“Alhamdulillah, teruskan sikap bertanggungjawab dan amanah tu. Moga Allah memudahkan urusannya dan dipermudah rezeki untuknya,” komen Md Yasin.

“Sejuk perut emak dia yang mengandungkan En Aznan. Semoga emaknya mendapat pahala,” ujar Norizan Hamid.

Ada juga netizen yang pernah menggunakan perkhidmatan bas dipandu Aznan, turut berkongsi pengalaman.

“Enam tahun ulang-alik Kuala Lumpur ke Kluang. Kalau dapat naik dengan brader ni boleh layan movie. Orangnya memang bagus,” cerita Sha Din Apc. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI