fbpx

Bajet RM332 juta buat sukan mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL (dua dari kiri) mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Majlis Sambutan Hari Sukan Negara 2022 di Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya semalam.

PINGAT emas pertama Malaysia di pentas Sukan Olimpik mampu dijelmakan pada edisi 2024 di Paris, Perancis.

Demikian harapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengakui, peruntukan dana sebanyak RM332 juta menerusi pembentangan Bajet 2023 buat industri sukan negara tahun depan adalah mencukupi.

Menurutnya, peruntukan itu turut membabitkan peranca­ngan penyediaan atlet menghadapi pelbagai temasya utama tahun depan seperti Sukan SEA Kemboja (5 hingga 17 Mei), Sukan Asia di Hangzhou, China (23 September-8 Oktober) dan beberapa siri kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

“Sebanyak RM50 juta akan diperuntukan dalam Program Podium. Ini memudahkan MSN (Majlis Sukan Negara) untuk meneruskan program-program buat atlet berprestasi tinggi.

“Kita yakin momentum atlet sekarang berada pada landasan tepat. Idaman kita emas pertama Olimpik bakal dicapai di Paris nanti (tahun 2024),” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Sukan Negara 2022 di Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya semalam.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 sebanyak RM145 juta diperuntukkan untuk menyelenggara, naik taraf dan membina kemudahan sukan.

Selain itu, RM154 juta buat pembangunan ekosistem menyeluruh termasuk bakat, latihan, fasiliti dan podium sukan, RM20 juta diberikan untuk sukan permotoran dari segi pembangunan litar drag, manakala RM13 juta lagi kepada pembangunan e-Sukan.

Kerajaan turut memberikan tambahan RM42 juta iaitu RM12 juta untuk pembangunan sukan OKU, RM5 juta Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), RM15 juta Agenda Nasional Malaysia Sihat dan RM10 juta Hari Sukan Negara & Jelajah Fit Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengharapkan barisan atlet negara dapat membalas kepercayaan dengan melakar lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Paling penting adalah membalas kepercayaan dengan mengamalkan disiplin yang baik dan patuh kepada rawatan perubatan bagi memastikan mereka sentiasa pada tahap optimum,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI