fbpx

Gaji tak naik sebab untung hanya 40 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga memotong ayam yang dibeli pelanggan di Pasar Awam di Bachang, Melaka semalam.

MELAKA – Peniaga ayam mengeluh apabila hanya memperoleh keuntungan sekitar 40 sen hingga 60 sen bagi sekilogram ayam dan didakwa menjadi sebab utama mereka tidak dapat menaikkan gaji pekerja yang terlalu rendah.

Seorang peniaga, Ghazali Abu Bakar, 48, berkata, harga ayam yang diberikan oleh pemborong ketika ini adalah sekitar RM8.80 sehingga RM9 dan dijual kepada pengguna mengikut harga siling RM9.40.

Katanya, keuntungan kira-kira 40 sen hingga 60 sen itu hanya mencukupi untuk membayar gaji harian pekerja sebanyak RM50 selepas mengambil kira kos tanggungan lain termasuk makan dan minum.

“Mana cukup untung 40 sen kita nak naikkan gaji pekerja, sekarang ini saya ada tiga orang pekerja dan setiap mereka dibayar RM50 setiap hari.

“Mereka ini semua tidak ada kerja lain dan mengharapkan gaji di sini. Bekalan ayam memang cukup tetapi sekarang ini kami kasihan pada pekerja kerana tak dapat nak beri lebih kepada mereka,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pasar Awam di Bachang di sini semalam.

Mengulas lanjut dia membe­ritahu, kadar siling ditetapkan kerajaan itu perlu diteliti secara holistik termasuk kemampuan majikan untuk membayar pekerja dengan gaji yang sesuai mengikut keadaan semasa ekonomi.

Ujarnya, rata-rata peniaga ayam mengambil bekalan seba­nyak 200 hingga 300 ekor sehari.

“Kita bukan nak bayar gaji mereka sahaja, kos pengangkutan, makan minum, sewa pasar dan perkara lain. Memang tak cukup, tapi apa boleh buat, kena berniaga juga.

“Kerajaan kena tengok semua sudut, untung 40 sen, macam mana nak naikkan gaji pekerja? Sehari RM50, sebulan dalam RM1,400 sahaja itu pun kalau datang penuh (setiap hari),” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga ingin dikenali sebagai Hamzah, 56, berkata, dia hanya dapat memberikan sedikit ‘bonus’ kepada pekerjanya menje­lang sambutan Hari Raya Aidil­fitri atau ketika membeli peralatan sekolah anak saja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI