PETALING JAYA – Semua laluan masuk ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah ke Kuantan akan ditutup kepada semua kenderaan pada Khamis ini.
Pemegang konsesi KLK dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad berkata, penutupan itu bermula pukul 1.45 tengah hari sehingga pukul 4 petang hari tersebut.
Jelas ANIH Berhad, penutupan lebih dua jam itu dilakukan bagi memberi laluan kepada acara sukan antarabangsa, Le Tour De Langkawi.
“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan bagi memastikan keselesaan semua,” katanya di Facebook hari ini. -KOSMO! ONLINE