PETALING JAYA – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering mencuri perhatian.
Selain karier politik, ramai di luar sana yang ingin mengetahui status dirinya sama ada beliau sudah memiliki teman istimewa atau tidak.
Persoalan itu sudah nampaknya ‘masih tergantung’ menerusi temu bual bersama pencipta konten di TikTok, Asri Kamarudin, dengan mengemukakan soalan berbunyi, ‘Get back dengan ex or someone new (Kembali semula kepada bekas kekasih atau orang baru)?’, kepada Syed Saddiq.
Syed Saddiq dilihat tidak mengambil masa lama untuk menjawab namun kelihatan masih cuba berselindung dengan statusnya perhubungannya kini.
“Nak cakap ‘ex’ atau someone new ni dia presume (anggap) yang sekarang ni saya tak ada sesiapa. Kalau ada sesiapa, ada orang yang dekat dengan hati, nak cakap ex atau baru, kena marah nanti.
“Tapi to be honest (secara jujurnya) yang paling penting sekali selagi hati berada di tempat yang betul, selagi tu la okey. Tak kisah sesiapa, bila dan mana tempatnya. Paling penting, ‘the heart know what it wants’ (hati tahu apa yang ia mahu),” ujarnya.
Sementara itu di ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen memahami cubaan Syed Saddiq menjaga ruang privasinya itu.
“Politician answer always playsafe (Jawapan ahli politik selalu selamatkan diri). Benda tinggal pilih antara dua jawapan tapi dia pusing-pusing,” usik ABU6687.
“Jawapan mudah untuk soalan mudah tapi dia pusing jauh,” komen Kay pula.
“Kalau markah penuh 10, saya bagi 1 markah sebab mencuba. Kalau ikut skema jawapan, kosonglah,” seloroh markotiger. – KOSMO! ONLINE