fbpx

Pekebun kecil getah Felda turut terima BMT RM800 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika di Majlis Kenduri Sekampung @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Palong 7, di sini hari ini.

JEMPOL – Pekebun kecil getah Felda di seluruh negara akan turut menikmati peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengubah syarat pemberian BMT yang tidak melayakkan pekebun kecil getah Felda menerima manfaatnya sebelum ini.

Jelasnya, dasar pemberian BMT yang mensyaratkan hanya pekebun kecil getah yang mempunyai tanah seluas bawah lima ekar (2.02 hektar) sebelum ini akan diubah kepada 10 ekar (4.05 hektar) ke bawah.

“Saya nak umumkan hari ini apa yang pekebun kecil pekebun kecil di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dapat, pekebun kecil Felda juga akan dapat.

“Bermakna kalau pekebun kecil dapat RM200 sebulan selama empat bulan, pekebun kecil getah Felda pun akan dapat RM200 sebulan selama empat bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Kenduri Sekampung @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Palong 7, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan BMT kepada pekebun kecil getah negara ini dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.

BMT yang melibatkan peruntukan RM256 juta itu akan diberikan RM200 sebulan selama empat bulan dan akan memanfaatkan kira-kira 320,000 pekebun kecil.

Dalam Bajet 2022, pemberian BMT sebanyak RM600 disalurkan melalui dua peringkat iaitu RM300 pada November 2022 dan RM300 pada Disember 2022.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, BMT yang merupakan elaun bantuan musim hujan kepada penoreh getah diwujudkan oleh kerajaan semasa beliau menjadi Menteri Luar Bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI