fbpx

Ribut petir, hujan lebat di enam negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di enam buah negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, antara negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Sarawak.

“Di Perlis ia melibatkan seluruh kawasan di negeri berkenaan, manakala di Kedah ia membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

“Bagi Negeri Perak, ia melibatkan kawasan di Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pulau Pinang ia membabitkan seluruh daerah di negeri itu,” kata MetMalaysia.

Jelas MetMalaysia, untuk negeri Pahang pula, ia membabitkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub, manakala di Sarawak antara kawasan terlibat adalah Samarahan (Simunjan), Sri Aman serta Betong.

Katanya, keadaan cuaca tersebut dijangka akan berlarutan sehingga pukul 11 pagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI