fbpx

Fitnah Ketua Polis Negara di Twitter, kertas siasatan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik pengguna @theborneoghost semalam.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan fitnah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang dimuat naik oleh akaun Twitter @Borneoghost.

Laporan polis telah diterima mengenai dakwaan Ketua Polis Negara mengatakan ‘Low Taek Jho telah dikeluarkan daripada red notice Polis Antarabangsa (INTERPOL) sebagai helah supaya individu tersebut kembali ke Malaysia’.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, PDRM menafikan kenyataan tersebut dan ia adalah berita palsu daripada pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan mewujudkan kegusaran masyarakat.

Katanya, siasatan dijalankan oleh unit siasatan jenayah terkelas, bahagian pendakwaan / undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Siasatan adalah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, masyarakat dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak salah gunakan platform tersebut untuk menyebarkan berita yang tidak benar sehingga boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI