ROMPIN – Dua wanita maut dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Viva di Simpang Cenderawasih, Jalan Kuantan – Segamat, dekat Muadzam Shah di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu merupakan penumpang Perodua Myvi.
“Kenderaan dipandu mangsa dipercayai telah bertembung dengan Perodua Viva dari arah bertentangan mengakibatkan dua penumpang maut manakala pemandu dan seorang lagi penumpang cedera.
“Pemandu Perodua Viva berkenaan bersama seorang wanita dan tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan terbabit,”katanya di sini hari ini
Menurutnya bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilam pada pukul 3.23 petang mengeluarkan mangsa di dalam kereta Perodua Myvi menggunakan peralatan penyelamat.
Ujarnya kesemua mangsa di dalam kereta Perodua Viva telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera sampai di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE