PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjanjikan bahawa segala peruntukan dan bantuan yang disediakan menerusi Bajet 2023 akan kekal diberi kepada Keluarga Malaysia meskipun Parlimen dibubarkan.
Katanya, situasi yang sama pernah terjadi pada tahun 1999 iaitu bajet dibentangkan dan pembuburan turut berlaku selepas itu.
“Bajet dibentangkan sekali lagi selepas pilihan raya umum selesai,” katanya ketika menjawab soalan pemberita selepas selesai membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE