fbpx

Liga Europa: Jose Mourinho gagal pintas rekod Alex Ferguson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO terpaksa menunggu aksi berikutnya selepas ini untuk memintas pencapaian Ferguson apabila Roma akur tewas kepada Betis awal pagi semalam. - AFP

ROM – Pengendali AS Roma, Jose Mourinho terlepas peluang untuk muncul jurulatih paling berjaya di pertandingan Eropah apabila dihimpit kecewa de­ngan kekalahan 1-2 di tangan Real Betis pada aksi Kumpulan C Liga Europa awal pagi semalam.

Ketika ini, Mourinho ha­nya memerlukan satu lagi kejayaan untuk memintas bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, apabila kedua-dua mereka kini mengumpul 106 kemenangan bagi aksi di pertandingan Eropah.

Tambah perit buat pengurus dari Portugal itu, Betis berjaya memperoleh gol kemenangan mereka di hujung permainan, selain Roma juga dihimpit la­yangan kad merah yang diterima Nicolo Zaniolo.

“Kami bercakap tentang keletihan pasukan, tetapi saya tetap mengatakan yang Roma tetap mencuba untuk dapatkan kemenangan. Saya fikir kesilapan juga berlaku ekoran keletihan.

“Keputusan ini cukup me­nyakitkan. Walaupun kami tidaklah berada pada prestasi terbaik, tetapi sebenarnya kami tidak berhak untuk tewas,” katanya.

Terdahulu, Roma terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti Paulo Dybala, namun Guido Rodriguez menyamakan kedudukkan buat Betis sebelum Luiz Henrique memastikan kemenangan buat kelab Sepanyol itu.

Keputusan itu juga menyaksikan wujudnya desakan di media sosial supaya kelab segera memecat Mourinho, namun pengurus itu dijangka akan ­terus menjadi taruhan memandang­kan Roma yang kini berada di tangga keenam Serie A hanya dipisahkan empat mata berbanding pendahulu, Napoli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI